Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Thailand, Saksayam Chidchob berkata, Terminal Sentral Krung Thep Aphiwat atau Bang Sue Grand Station ialah stesen kereta api utama baharu Thailand yang direka untuk menjadi hab pengangkutan rel utama.
Katanya, beliau yakin, ia bukan sahaja boleh menjadi hab pengangkutan seluruh destinasi di Thailand, tetapi juga berupaya muncul sebagai hab ASEAN, di mana ia menghubungkan Malaysia dan Singapura.